mcmc
Kisah Kejayaan

Quarter 4 2017 : Keusahawanan – Zainal bin Abdullah

USAHAWAN PENTERNAK

Nama: Zainal bin Abdullah

Umur: 61 Tahun

Tempat Tinggal: Kampung Seberang Jaya

Ahli: 2016

Latar Belakang

En. Zainal bin Abdullah merupakan seorang usahawan penternak lembu dan kambing. Beliau juga merupakan seorang pengerusi JKKK Kampung Seberang Jaya dan bekas anggota polis. Beliau menjalankan perniagaan ternakan lembu dan kambing campuran dengan menggunakan nama Alaf Generasi Enterprise.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

En. Zainal mempunyai sedikit asas pengetahuan tentang ICT. Tetapi beliau memerlukan bimbingan untuk perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau. Sebelum mengenali PI, beliau terpaksa ulang alik ke pekan untuk membuat kerja-kerja berkaitan perniagaan dan urusan kerja. Kekangan terbesar beliau kerana tidak mempunyai kemudahan capaian internet yang memerlukan En. Zainal untuk menggunakannya.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kewujudan PI banyak memberi kemudahan serta membantu En. Zainal dalam meningkatkan pengetahuan beliau dalam penggunaan ICT malah melancarkan lagi urusan-urusan kerja hariannya. Contohnya, hampir setiap hari beliau datang ke PI1M untuk melakukan transaksi kewangan, membuat surat-surat dan sebagainya. Malah, kewujudan PI memudahkan beliau untuk mempromosikan perniagaannya selain menyelesaikan masalah penduduk kg.

————————————————————————————————————————————————–