mcmc
Kisah Kejayaan

Quarter 4 2017 : Keusahawanan – Hidayah binti Jaafar

USAHAWAN KATERING

Nama: Hidayah binti Jaafar

Umur: 52 Tahun

Tempat Tinggal: Kampung Jangkang, Karangan

Ahli: 2016

Latar Belakang

Pn. Hidayah merupakan seorang pengusaha katering yang melakukan usaha sama bersama kenalan dalam menjalankan perniagaan katering ini. Beliau tinggal di Kampung Jangkang Karangan. Beliau juga merupakan seorang YDP PIBG SMK Sg. Kob.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas dalam dalam ICT. Tetapi tidak mempunyai tempat rujukan jika terdapat sebarang kesulitan yang dihadapi berkenaan ICT. Malah, beliau terpaksa mengupah orang untuk membuat sesuatu kerja dalam urusan seharian seperti membuat minit mesyuarat, surat menyurat berkenaan perniagaan kateringnya. Sebelum mengenali PI, beliau kurang menitikberatkan mempromosikan perniagaan keteringnya di dalam media sosial kerana beranggapan kurang penting. Hal ini, kerana kurangnya ilmu pengetahuan berkenaan promosi di dalam media sosial

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas beliau mengenali PI, beliau banyak belajar dari PI seperti mengikuti kelas ICT mingguan yang diadakan, taklimat berkenaan perniagaan serta meningkatkan kemahiran dengan lebih mendalam terhadap ICT. Kini, beliau sangat menitikberatkan untuk mempromosikan sebarang kateringnya di dalam media sosial.

————————————————————————————————————————————————–