mcmc
Kisah Kejayaan

Quarter 4 2017 : Keusahawanan – Hanim Haszuani binti Abd Rahim

USAHAWAN BERASASKAN BAKERI

Nama: Hanim Haszuani binti Abd Rahim

Umur: 26 Tahun

Tempat Tinggal: Kampung Jangkang, Karangan

Ahli: 2017 

Latar Belakang

Pn. Hanim merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan bakeri di rumahnya. Beliau menerima tempahan sekitar Kulim, Seberang Jaya, Perda dan Bertam. Minat yang mendalam terhadap bidang bakeri menyebabkan beliau memulakan perniagaan di rumah.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas ICT dalam menjalankan perniagaannya. Bagaimanapun, tiada tempat rujukan bagi beliau untuk memperkemaskan serta meningkatkan lagi kemahiran beliau terhadap penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengetahui fungsi serta peranan PI dalam membantu usahawan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT, beliau selalu datang ke PI untuk belajar. Beliau sangat aktif melibatkan diri dengan kursus usahawan yang dijalankan di PI dan sangat terbuka untuk berkongsi dengan usahawan-usahawan yang turut serta. 

————————————————————————————————————————————————–