mcmc
Kisah Kejayaan

Quarter 4 2017 : Celik ICT – Zainal bin Abdullah

BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK DAN PENGGUNAAN DAN PEMAHAMAN MEDIA SOSIAL

Nama: Zainal bin Abdullah

Umur: 61 Tahun

Tempat Tinggal: Kampung Seberang Jaya

Ahli: 2016

Latar Belakang

En. Zainal bin Abdullah merupakan seorang usahawan penternak lembu dan kambing campuran. Beliau juga merupakan seorang pengerusi JKKK Kampung Seberang Jaya dan merangkap timbalan pengerusi PI Karangan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas pengetahuan berkaitan ICT. Tetapi terdapat kekangan kerana tidak mempunyai kenalan yang pakar dalam bidang ICT untuk membantunya berkaitan urusan harian yang memaksa beliau menggunakan komputer serta capaian internet dalam menyelesaikan urusan hairan beliau.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Dengan kewujudan PI, En. Zainal sangat aktif melibatkan diri dengan program serta aktiviti yang dijalankan di PI seperti kelas ICT mingguan, bengkel ICT serta kursus berkaitan keusahawanan. Boleh dikatakan hampir setiap hari En. Zainal akan datang ke PI untuk menyelesaikan segala urusannya serta menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PI seperti fotostat dan cetakan. Beliau sangat komited dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada PI.

————————————————————————————————————————————————–