USAHAWAN BERASASKAN MAKANAN
Nama: Salmaya binti Hasan Umur: 28 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Seberang Jaya Ahli: 2016 |
Latar Belakang
Pn. Salmaya seorang isteri yang tinggal di Kampung Seberang Jaya. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di Sungai Kob. Perniagaan tersebut berasaskan makanan iaitu Nasi Ayam Bakar dalam pasu. Beliau menjalankan perniagaan ini bersama suaminya yang turut serta membantu.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau berniaga di sebuah gerai makan setiap hari. Pn. Salmaya kurang mahir dalam menggunakan ICT. Jadi, perniagaannya agak terhad di sekitar pekan Sungai Kob. Selain itu, beliau juga menjadi dropship bagi produk kecantikan yang turut dijual sebagai sampingan dalam menambah pendapatan keluarga. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengetahui cara-cara untuk mempromosikan perniagaannya serta produk yang dijual.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengan PI, Pn. Salmaya banyak mengikuti kelas-kelas komputer, kursus-kursus yang dijalankan PI. Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran ICT serta penggunaan media sosial dalam mengembangkan perniagaannya serta produk yang dijual. Dari sehari ke sehari, perniagaannya makin menunjukkan peningkatan apabila beliau selalu mempromosikan nasi ayamnya di dalam Facebook. Hal ini, menarik masyarakat setempat dan luar kawasan untuk mengunjungi gerai nasi ayamnya. Ayamnya dibakar di dalam pasu.
————————————————————————————————————————————————–