BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK DAN PENGGUNAAN DAN PEMAHAMAN MEDIA SOSIAL
Nama: Muhammad Ikram Zafran bin Asrizal Umur: 7 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Seberang Jaya Ahli: 2016 |
Latar Belakang
Muhammad Ikram Zafran merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Sg. Kob. Dia tinggal di kampung Seberang Jaya. Adik Ikram merupakan anak bongsu dari3 beradik.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, adik ikram tidak pandai menggunakan komputer malah tidak tahu untuk menggunakan Google dan Youtube. Di rumah, adik ikram tidak mempunyai komputer. Selain itu, adik ikram tidak berapa mengenal huruf dan nombor.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Dengan kewujudan PI, adik ikram mengikuti kelas ICT setiap yang di ajar oleh petugas PI. Dari sehari ke sehari, terdapat peningkatan yang sangat memberangsangkan apabila adik ikram mampu menggunakan komputer tanpa perlu bantuan dari orang lain. Malah, setiap hari adik ikram akan datang ke PI untuk belajar daripada Youtube seperti mengenal huruf dan nombor. Kini, adik ikram merupakan seorang kanak-kanak yang celik I.T.
————————————————————————————————————————————————–