USAHAWAN KECIL BERASASKAN BAKERY
Nama: Haida binti Hussin Umur: 42 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan Ahli: 2016 |
Latar belakang
Pn. Haida merupakan seorang surirumah dan usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan dirumah kira-kira 5 tahun yang lalu. Jenis perniagaan berasaskan bakery seperti tempahan kek, biskut raya dan pelbagai lagi. Skop perniagaan hanya sekitar Karangan dan ada juga meletak di sekolah-sekolah melalui kenalan rapat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn. Haida tidak mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Beliau tidak tahu menggunakan laman sosial sebagai platform dalam mempromosikan produk jualannya. Jadi, skop perniagaannya agak terhad dan terbatas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Apabila Pn. Haida mendaftar sebagai ahli PI, beliau banyak mengikuti kelas-kelas komputer, kursus-kursus berkaitan keusahawanan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan ICT. Beliau belajar cara-cara untuk mempromosikan produknya selain belajar membuat kertas kerja untuk perniagaannya. Beliau menjadikan pusat internet sebagai rujukan dan platform dalam mengembangkan perniagaannya.
————————————————————————————————————————————————–