USAHAWAN BERASASKAN PERKHIDMATAN
Nama: Rohana binti Hamzah Umur: 43 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan Ahli: 2017 |
Latar Belakang
Pn. Rohana merupakan seorang suri rumah dan merupakan seorang usahawan. Beliau seorang tukang jahit di kampung beliau tinggal. Menggunakan nama Rohana Hamzah sebagai nama perniagaan. Menerima tempahan sekitar kawasan Karangan dan juga dari Kulim.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum beliau mahir menggunakan ICT, terdapat beberapa kekangan dalam menjalankan perniagaannya seperti tidak tahu untuk mengembangkan perniagaannya. Fokus hanya tertumpu di sekitar kawasan Karangan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Pn. Rohana masih dalam proses pembelajaran di PI, tetapi beliau sudah menunjukkan peningkatan yang semakin baik terhadap penggunaan ICT di dalam perniagaannya serta bagaimana mempromosikan produknya di media sosial. Sekarang, tempahan terhadap perniagaannya sehingga ke kulim.
————————————————————————————————————————————————