USAHAWAN KRAFTANGAN
|
Nama: Maslina binti Mat Jaafar Umur: 36 Tahun Tempat Tinggal: Sungai Kob, Karangan Ahli: 2016 |
Latar Belakang
Pn. Maslina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan usahawan kraftangan suratkhabar di Sg. Kob. Perniagaan ini dijalankan sepenuhnya bersama suami. Perniagaan ini dinamakan Masliman Kraftangan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Pn. Maslina menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan sekitar Sg. Kob. Beliau dan suami tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan ICT dalam mengembangkan perniagaannya. Perniagaannya hanya fokus sekitar Sg. Kob dan juga Karangan. Oleh itu, agak terbatas untuk beliau mengembangkan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas beliau mengenali PI dan banyak mengikuti kelas serta aktiviti yang dijalankan oleh PI. Pn. Maslina mula serius dalam mempromosikan produknya di dalam media sosial sebagai platform untuk mengembangkan perniagaannya. Beliau mahir dalam teknik-teknik mengambil gambar produknya dengan lebih menarik selain mampu membuat profil perniagaannya sendiri. Selain itu, beliau sangat aktif dalam melibatkan program-program serta aktiviti-aktiviti yang dijalakan oleh pihak PI.
————————————————————————————————————————————————–