BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK DAN PENGGUNAAN DAN PEMAHAMAN MEDIA SOSIAL
Nama: Noor Ika Natasha binti Abdullah Umur: 12 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan Ahli: 2016 |
Latar Belakang
Noor Ika Natasha seorang pelajar sekolah dan merupakan anak sulung dari tiga adik beradik. Dia tinggal di Kampung Kemunting, Karangan. Seorang pelajar yang aktif bersukan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, adik Ika Natasha tidak mahir menggunakan komputer malah tidak tahu menggunakannya. Masalah utama adik Ika kerana tidak memiliki kemudahan ICT seperti komputer di rumah. Adik Ika hanya berpeluang menggunakan komputer hanya di sekolah untuk subjek ICT.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer sepanjang tahun 2016/2017, adik Ika semakin mahir menggunakan komputer serta menguasai Microsoft Office. Adik Ika juga sangat aktif melibatkan diri dalam program-program serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Kini, adik Ika mampu menggunakan komputer dan dapat menguasai beberapa kemahiran seperti editing dan seorang yang sangat kreatif dalam rekabentuk poster. Adik Ika juga mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan dalam menyiapkan kerja sekolah yang memerlukan menggunakan komputer serta carian maklumat.
————————————————————————————————————————————————–