USAHAWAN KEK, ROTI DAN PASTRY
Nama: Rohayah binti A. Rahman Umur: 43 Tahun Tempat Tinggal: Taman Mutiara Sungai Kob Ahli: 2017 |
Latar Belakang
Pn. Rohayah merupakan seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Hi Tech dan mempunyai 3 orang anak. Beliau menjalankan perniagaan ini dirumah serta turut membuka kelas bagi sesiapa yang berminat untuk belajar dan berniaga. Selain itu, beliau turut membantu rakan-rakan yang baru berjinak dalam perniagaan pastry.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Pn. Rohayah mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang ICT, tetapi tidak berapa mahir dalam penggunaan Media Sosial. Beliau menjalankan perniagaan dan promosi secara offline tanpa mengetahui medium media sosial yang merupakan kaedah yang pantas pada masa kini. Beliau tidak mempunyai tempat rujukan dalam bidang ICT dan tiada kenalan yang dapat memberi tunjuk ajar kepadanya.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau mula mengenali PI melalui kenalan yang selalu datang ke Pusat Internet mengikuti kelas ICT. Dari situ, beliau mendaftar menjadi ahli dan mula mengikuti kelas-kelas ICT serta kursus-kursus keusahawanan bagi memantapkan kemahiran beliau serta meningkatkan pengetahuan dalam ICT. Selain mengikuti kelas keusahawanan, beliau banyak berkongsi pengalaman beliau dalam perniagaan kepada rakan-rakan yang turut mengikuti kelas keusahawanan. Malah, beliau turut membuat bengkel kek, roti dan pastry di Pusat Internet.
————————————————————————————————————————————————–