mcmc
Kisah Kejayaan

Quarter 1 2018 : Keusahawanan – Fatimah binti Abdullah

USAHAWAN PERKHIDMATAN

Nama: Fatimah Binti Abdullah

Umur: 57 Tahun

Tempat Tinggal: Kampung Banggol Penyengat

Ahli: 2016

Latar Belakang

Pn. Fatimah dikenali sebagai Mak Teh menjalankan perniagaan homestay di Kampung Banggol Penyengat atau Kampung Seri Karangan sejak tahun 2016. Seorang yang sangat aktif di Kg Seri Karangan dan sentiasa hadir untuk program dan aktiviti PI bersama Komuniti Karangan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mengenali PI, Pn. Fatimah hanya mempromosikan homestay nya secara offline di mana tidak mempunyai platform yang rasmi. Pengetahuan ICT yang kurang menyebabkan beliau tidak mempunyai tempat rujukan untuk bertanya.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengenali dan melibatkan diri dengan PI, beliau semakin mahir menggunakan ICT dalam meningkatkan promosi homestay nya. Selain itu, Pn. Fatimah sangat aktif dalam melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan oleh PI seperti kursus usahawan. Beliau juga memainkan peranan yang sangat penting dengan mempromosikan PI kepada rakan-rakannya.

————————————————————————————————————————————————–