BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK DAN PENGGUNAAN DAN PEMAHAMAN MEDIA SOSIAL
Nama: Rohayah binti Abd Rahman Umur: 44 Tahun Tempat Tinggal: Taman Mutiara, Sg. Kob Ahli: 2017 |
Latar Belakang
Puan Rohayah merupakan seorang guru KAFA di Sekolah Rendah Kebangsaan Hi-Tech dan mempunyai 3 orang anak. Selain itu, beliau merupakan seorang usahawan kek, roti dan pastri. Pn. Rohayah juga seorang wanita yang bekerjaya dalam memajukan diri nya. Beliau sering diundang untuk menjadi tenaga pengajar bagi kursus-kursus yang dianjurkan.
Sebelum Penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, pengetahuan ICT Pn. Rohayah tidak begitu mahir kerana pendedahan ICT yang tidak meluas. Kehidupan seharian Pn. Rohayah memerlukan penggunaan ICT secara mendalam dalam menyelesaikan segala kerja-kerja nya. Tugasan kerja yang semakin mencabar memerlukan Pn. Rohayah mencari alternatif atau bimbingan untuk mendalami bidang ICT.
Selepas Penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengenali PI, Pn. Rohayah mendaftar menjadi ahli dan menghadiri kelas ICT yang diadakan sebulan tiga kali. Beliau memberi penekanan kepada penguasaan Microsoft Office kerana tugas harian beliau memerlukan menggunakan Microsoft Office. Selain mengikuti kelas ICT, beliau juga turut mengikuti kelas usahawan dan bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Dari sehari ke sehari pn. Rohayah semakin mahir untuk menggunakan komputer selain dapat menyelesaikan segala tugasan dengan menggunakan komputer. Beliau menjadikan petugas PI sebagai rujukan jika terdapat sebarang masalah yang beliau hadapi.
————————————————————————————————————————————————–