USAHAWAN KECIL MAKANAN BARAT (GERMAN CUISINE)
Nama: Salasiah binti Shamsudin Umur: 29 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan Ahli: 2017 |
Latar belakang
Pn. Salasiah berasal dari Kampung Kemunting,Karangan Kedah. Puan Salasiah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan merupakan salah seorang usahawan makanan Barat di Kampung Kemunting. Minat untuk berniaga makanan barat timbul selepas berkahwin bersama suami yang berbangsa Jerman.Suaminya memberi sokongan penuh menjalankan perniagaan ini dan mengajar beliau masakan tradisi Jerman. Menerima tempahan dari kawasan sekitar Karangan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau berniaga secara kecil-kecilan tanpa mengetahui cara untuk mempromosi makanannya secara meluas dan tidak mahir dalam mengedit gambar makanan yang dijualnya. Beliau menggunakan nama Shersal Pasta House German Cuisine sebagai nama perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan kelas usahawan, Pn. Salasiah semakin mahir dalam bidang pemasaran dalam talian dan turut sama dibantu oleh suaminya.
————————————————————————————————————————————————-