mcmc
Kisah Kejayaan

Quarter 1 2017 : Celik ICT – Pn. Maizatulazura Bt Othman

BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK DAN PENGGUNAAN DAN PEMAHAMAN MEDIA SOSIAL

Nama: Maizatulazura Binti Othman

Umur: 45 Tahun

Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan

Ahli: 2016

Latar belakang

Pn. Maizatulazura merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang cahaya mata. Pn. Maizatulazura juga seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Pn. Maizatulazura mengenali PI, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak begitu mahir. Malah agak sukar untuk beliau belajar komputer kerana jarak ke Pusat Komputer agak jauh dari rumahnya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Kelas ICT yang diadakan setiap bulan di PI Karangan,beliau semakin mahir dalam menguasai Microsoft Office dan penyuntingan gambar. Beliau gembira kerana dengan pengetahuan yang diperolehi beliau dapat membantu anak-anak dalam pembelajaran serta kehidupan seharian.

————————————————————————————————————————————————–