Menarik di Karangan
Hutan Lipur Ulu Paip Karangan, kulim merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik yang boleh dilawati bersama keluarga dihujung minggu atau cuti umum. Air terjun Ulu Paip terletak di Daerah Kulim di Mukim Karangan. Keindahan alam semula jadi yang menghijau memberi ketenangan kepada setiap pengunjung yang datang untuk bermandi – manda. Kepada yang masih belum datang merasai panorama keindahan alam yang segar, boleh datang dan merasai sendiri.