SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADi) KARANGAN
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Karangan terletak di Pekan Karangan dan bersebelahan SJK (C) Khai Min. Kedudukannya yang strategik memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke PEDi Karangan. PEDi Karangan merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad serta MSD Digital Intellegence yang memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Hal ini, bertujuan untuk memberi segala kemudahan kepada komuniti luar bandar seiring dengan kemudahan yang dicapai oleh komuniti di Bandar.
Penubuhan PEDi ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan Luar Bandar, di samping memberi pendedahan tentang Tekonologi Maklumat dan Internet kepada masyarakat tempatan terutama penduduk Karangan serta yang berhampiran. Di dalam kawasan Kulim-Bandar Baharu terdapat 6 Buah PEDi iaitu:-
– PEDi Bandar Baharu
– PEDi Lubok Buntar
– PEDi Serdang
– PEDi Kuala Selama
– PEDi Sg. Batu
– PEDi Karangan
WAKTU BEROPERASI
BUKA
- 9.00 Pagi – 6.00 Ptg
(Dibuka setiap Hari)
** Tutup Cuti Umum
REHAT
- 1.00 Ptg – 2.00 Ptg (Sabtu – Khamis)
- 12.30 Tghari – 2.30 Ptg (Jumaat)
Perkhidmatan yang disediakan:
- Scanning
- Printing
- Photostat
- Laminate
- Binding
- Perkhidmatan upah menaip, surat, tugasan, kertas kerja dan sebagainya.
- Format Lapotp/PC
- Pembelajaran Kelas ICT
- Sewa bilik untuk Mesyuarat, Seminar, Bengkel
- (Terdapat kemudahan Projektor, Skrin Projektor, Internet serta 10 Buah Komputer)
- Melahirkan usahawan Bumiputera dengan memberi tunjuk ajar serta panduan untuk mempromosikan produk
Sehubungan itu, dengan kemudahan yang terdapat di PEDi Karangan dapat memudahkan masyarakat setempat untuk berurusan serta menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan. Komuniti tempatan digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli kerana terdapat kelebihan menjadi ahli Pusat Internet serta bayaran hanya sekali seumur hidup. Untuk makluman, PEDi mempunyai 2 orang petugas yang bekerja dalam memastikan pengurusan serta operasi berjalan lancar.
ALAMAT
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Karangan
Dewan Kg. Kemunting
09700 Karangan
Kedah Darul Aman