Tarikh: 13-09-2023
Masa: 10.0 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Karangan (PEDi)
Peserta: 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan sebagai latihan kepada kanak-kanak tabika terutamanya keupayaan dalam penggunaan komponen komputer. Ini merupakan inisiatif petugas PEDi dan kerjasama pihak Tabika Kemas Kampung Kemunting, Karangan dalam memastikan komuniti-komuniti setempat sentiasa celik ICT.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ketika di sesi ini ialah melakukan padanan puzzle. Sesi seperti ini dapat menguji tahap kecekapan dan fokus kanak-kanak di awal usia. Aplikasi laman sesawang “digipuzzle” digunakan semasa sesi ini berlangsung.
—————————————————————————————————————-