Laporan Oktober 2019 – Program Santuni Warga Emas
|
Tarikh: 17-10-2019 Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Tengahari Tempat: Perkarangan Klinik Desa Kg. Badlishah Peserta: Penduduk Setempat |
Tujuan
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga emas mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan mengamalkan makanan yang sihat. Penyertaan Pusat Internet dalam program ini adalah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat selain memberi maklumat kepada komuniti mengenai ASO iaitu my Freeviewt. Penerangan ini sangat penting kerana kerajaan telah memindahkan sistem penyiaran analog kepada siaran digital.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut seperti pameran agensi, ceramah kesihatan mengenai pemakanan dan pencegahan penyakit kencing manis, pertandingan gubahan, pertandingan parut kelapa, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Program ini dirasmikan oleh YB Yeo Keng Chuan merangkap ADUN Kulim.
————————————————————————————————————————————————–