Laporan Mac 2019 – Kelas Tutorial belajar Melukis

Laporan Aktiviti | 26 March 2019

 

Tarikh: 26-3-2019

Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat: Pusat Internet Karangan

Peserta: Seorang

Tujuan

Kelas ini diadakan bagi membantu adik ini untuk menggilap bakat yang terdapat dalam dirinya. Adik ini merupakan pelajar kelas pemulihan di sekolah. Tetapi adik ini mempunyai bakat yang terpendam iaitu suka melukis. Petugas menerima adik ini sebagai pelajar di dalam kelas iCT untuk mencungkil bakat adik ini ke tahap yang lebih baik. Dalam masa yang sama, petugas membimbing serta mengajar adik ini untuk mahir menggunakan komputer.

Aktiviti

Petugas memberi tugasan kepada pelajar ini untuk belajar melukis dengan lebih kreatif. Cara pembelajaran adik ini adalah melalui Youtube. Pembelajaran melalui Youtube ini dapat meningkatkan tahap kreativiti adik tersebut supaya lebih mahir melukis pelbagai jenis lukisan.

Gambar Disini

————————————————————————————————————————————————-