USAHAWAN KECIL MAKANAN
|
Nama: Zuraini binti Ismail Umur: 37 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan Ahli: 2017 |
Latar Belakang
Pn. Zuraini merupakan seorang suri rumah dan usahawan kecil. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 dengan bergiat aktif disekitar Karangan dengan mengambil tempahan secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn. Zuraini tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menjalankan perniagaan. Beliau tidak mempunyai pengetahuan yang secukup nya sebagai usahawan untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, kurangnya promosi terhadap perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn. Zuraini mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Karangan, beliau banyak mengikuti kelas Komputer dan Keusahawan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai dunia ICT dengan lebih mendalam. Beliau belajar cara-cara untuk mempromosikan produknya selain belajar membuat kertas kerja untuk perniagaannya. Beliau menjadikan pusat internet sebagai rujukan dan platform dalam mengembangkan perniagaannya.
————————————————————————————————————————————————–


