USAHAWAN KECIL MAKANAN FROZEN
Nama: Maizatulazura binti Othman Umur: 44 Tahun Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan Ahli: 2016 |
Latar belakang
Puan Maizatulazura merupakan seorang suri rumah dan usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan seperti kek comel, biskut raya popia dan karipap pusing yang disejukbekukan. Beliau menerima tempahan sekitar kawasan setempat sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Maizatulazura menjalankan perniagaan karipap pusing frozen dirumah dan tempahan dari kenalan terdekat. Sebelum penglibatan PI dalam perniagaan, skop perniagaan Pn. Maizatul agak terhad selain kekurangan ilmu mengenai cara untuk memasarkan produknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Menggunakan PI Karangan sebagai medium untuk mengembangkan perniagaan dengan menyertai kelas komputer,kelas usahawan dan bengkel berkaitan usahawan sebagai salah satu cara mengembangkan perniagaan karipap frozennya. Penglibatan beliau secara aktif dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh PI banyak memberi kelebihan kepada Pn. Maizatul selain mahir dalam menggunakan ICT.
————————————————————————————————————————————————–