| Tarikh: 28-10-2025 Masa: 2.00 Petang – 4.00 Petang Tempat: Dewan SMK Keladi, Kedah. |
Aktiviti
Kempen Internet Selamat bagi Daerah Kulim/Bandar Baharu telah belangsung di SMK Keladi melibatkan 25 buah Sekolah Rendah. Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan internet secara selamat. Kesedaran ini diharapkan dapat memastikan pelajar tidak menggunakan internet atau media sosial secara salah dan terperangkap dengan jenayah siber.