mcmc
Kisah Kejayaan

Quarter 4 2016 : Celik ICT – Muhammad Hafiz Zamir Bin Suharzeli

BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK DAN PENGGUNAAN DAN PEMAHAMAN MEDIA SOSIAL

Nama: Mohd Hafiz Zamir bin Suharzeli

Umur: 14 Tahun

Tempat Tinggal: Kampung Kemunting, Karangan

Ahli: 2016

Latar belakang

Muhammad Hafiz Zamir merupakan anak ke-3 dari 5 adik beradik. Ayah bekerja buruh dan ibu bekerja dirumah sebagai tukang jahit. Bersekolah di Sekolah Menengah Sg. Kob dan bercita cita ingin menjadi askar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, adik Hafiz Zamir tidak tahu menggunakan Microsoft office untuk membuat tugasan sekolah yang diberi oleh guru dan tidak mempunyai akaun media sosial dan tidak mengetahui sepenuhnya penggunaan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Kelas ICT yang diadakan setiap minggu di PI Karangan,adik Hafiz Zamir mampu menyiapkan tugasan folio yang diberi oleh guru sepenuhnya dengan bantuan petugas PI.

————————————————————————————————————————————————–