Nama: Muhammad Haziq Muzaffar bin. Mohd Nayan Umur: 6 Tahun Sekolah: Tabika Kemas Kg. Kemunting Tempat Tinggal: Kampung Banggol Penyengat, Karangan |
Latar Belakang
Muhammad Haziq B Muzaffar merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik. Ayah adik Haziq bekerja sebagai buruh dan ibu Haziq bekerja di Kulim Hi-Tech iaitu kilang First Solar. Adik Haziq bersekolah di Tabika Kemas Kg.Kemunting, Karangan. Adik Haziq bercita-cita ingin menjadi seorang polis traffik apabila besar nanti. Dirumah adik Haziq menggunakan laptop
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Haziq tidak mempunyai komputer dirumah untuk menggunakannya. Dia hanya berpeluang menggunakan laptop kakak nya apabila pulang bercuti semester di rumah. Kebiasaannya apabila menggunakan laptop, adik Haziq hanya bermain game di laptop kakaknya. Apabila dia bersekolah di Tabika Kemas, cikgu tabika akan membawa Haziq dan rakan-rakan ke Pusat Internet Karangan untuk belajar komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Haziq sering menghadiri kelas ICT di Pusat Internet Karangan yang diadakan seminggu dua kali. Di Pusat Internet adik Haziq mampu mengenali peralatan komputer, melukis, mewarna, menaip menggunakan computer. Disamping itu adik Haziq mampu memberi serba sedikit tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang lain.
————————————————————————————————————————————————–