Pendaftaran Ahli Pusat Internet 1Malaysia..
Pusat Internet menyediakan pelbagai kursus kemahiran komputer seperti kursus Asas Komputer, Bengkel ICT secara percuma kepada mereka yang mendaftar sebagai Ahli. Selain itu, terdapat pelbagai kelas ICT yang menarik yang boleh diikuti seperti kelas Adobe Photoshop, Editing Video, kelas membuat Resume dan sebagainya. Ingat, sekali sahaja mendaftar untuk seumur hidup. Kelas ICT secara percuma kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli tidak mengira umur dan ianya terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk belajar komputer.
Jika anda mempunyai perniagaan atau produk, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memasarkan produk anda?? Silalah berkunjung ke Pusat Internet yang berhampiran dikawasan anda. Kami ada caranya. Bagaimana?? Kami boleh membantu anda untuk memasarkan produk dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet dan boleh membimbing anda sehingga anda pandai. Datanglah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet.
Ahli: RM 1.00/jam, Bukan Ahli: RM 2.00/jam
Siapa yang boleh menjadi menjadi Ahli Pusat Internet 1Malaysia ??
– Kanak-Kanak
– Pelajar Sekolah
– Belia/ Remaja
– Dewasa
– Surirumah
– OKU
– Pesara
– Warga Emas
serta seluruh rakyat Malaysia…
Jadi tunggu apa lagi!!! Jom ke Pusat Internet 1Malaysia beramai-ramai…….